Amalan-amalan buruk yang dilakukan oleh remaja masa kini ;

1) Ponteng Sekolah
2) Minum Arak
3) Pengguguran Bayi
4) Mengamalkan Ajaran Sesat
5) Mencuri

Ponteng Sekolah.

Terdapat beberapa faktor mengapa remaja masa kini memonteng sekolah tanpa pengetahuan inu bapa mereka.      
(a)Bullying di sekolah.
(b)Terpengaruh rakan

Ada di kalangan remaja yang sering dibuli di sekolah tetapi telah diancam supaya tidak dilaporkan. Remaja-remaja ini  tidak akan mahu ke sekolah kerana ketakutan. MengPada masa yang sama juga , mereka tidak mahu memberitahu ibu bapa mereka. Justeru itu , mereka memonteng sekolah . Jika saya seorang remaja yang mengalami situasi yang sama , saya akan memberitahu ibu bapasaya supaya pembuli-pembuli itu didenda. Ancaman mereka itu hanya untuk membuat kita takut tetapi disebaliknya , mereka yang takut didapati mebuli.

Satu lagi faktor mengapa remaja-remaja masa kini memonteng sekolah ialah kerana dipengaruhi rakan-rakan mereka. Rakan-rakan mereka akan mendesak mereka untuk memonteng sekolah dan pergi berlepak. Mereka harus membuat keputusan mereka sendiri dan bukan hanya mengikuti kata-kata rakan mereka. Rakan-rakan yang menyuruh kami untuk membuat jahat dan yang tidak berfaedah adalah rakan yang tidak baik untuk kita. Mereka akan mempengaruhi kita untuk membuat perkara yang jahat dan akhirnya kita juga yang berada dalam kesusahan. 
 
Picture

Minum Arak

Picture
Arak itu ialah sejenis minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan. yang membuat kita mabuk. Selain itu , ia juga mengandungi kontra-kontra yang boleh menjejas kesihatan kita. Remaja-Remaja masa kini berminum arak seperti air yang biasa seperti ice lemon tea dan coke tetapi mereka tidak tahu apa minuman itu akan membuat pada diri mereka. Terdapat berbagai jenis arak yang berjenama dijual. seperti tiger beer , heineken , guinness , carlsberg dan sebagainya.

Remaja meminum alkohol untuk sejumlah alasan. Tidak hanya ada satu dimensi untuk itu. Remaja pada usia ketika mereka ingin bereksperimen dengan segala sesuatu. Rasa ingin tahu untuk mengambil alkohol kadang-kadang membawa mereka ke arah ketagihan alkohol. Selain daripada itu , remaja boleh meminum arak disebabkan oleh masalah hubungan atau sesuatu untuk melakukan dengan orang tua mereka. Mereka tidak mampu mengatasi masalah ini dan cenderung mengalami kemurungan.

Keadaan tersebut mendorong remaja untuk mengambil alkohol. Banyak remaja kali menyaksikan orang tua mereka berjuang dan lisan menyalahgunakan satu sama lain. Ini juga kesan keadaan mental mereka. Salah satu alasan utama untuk remaja untuk minum adalah orang tua bercerai. Setiap kali hal seperti itu terjadi, remaja diketahui untuk mencari penghiburan dalam alkohol dan ubat-ubatan. Hal ini terutama kerana mereka tidak cukup kuat mental untuk menangani jenis masalah. Banyak dari mereka boleh mengatasi Facebook tetapi tidak semua. Isu tersebut memainkan peranan penting dalam keadaan mental mereka dan oleh itu, mereka berpaling ke alkohol.

Sebab megapa remaj meminum arak juga boleh keran pengaruhan rakan-rakan mereka yang mendesak mereka untuk berminum. Walaupun begitu , mereka harus kuat untuk mempertahankan diri mereka. Rakan -rakan yang mendesak kita untuk melakukan sesuatu yang kita tahu salah , tidak boleh dipanggil rakan. Rakan sepatutnya memberi nasihat yang baik dan memberi kita motivasi untuk berjuang supaya cita-cita kita tercapai. Rakan-rakan yang menyuruh kita berminum , merokok dan sebagainya tidak baik dibuat rakan.

Arak itu bukan sahaja membuat kita mabuk tetapi ia akan memberi kesan kepada otak kita. Arak membunuh sel-sel otak kita dan menyebabkan kepantasan untuk berfikir lebih lembap daripda remaja-remaja yang tidak berminum arak. Ini akan menjejaskan pelajaran mereka. Arak juga akan menyebabkan seseorang itu tidak menyedari akan sekelilingnya. Banyak berita tentang perogolan telah dilaporkan dan ini kerana arak. Apabila seseorang itu sendang mabuk , dia tidak akan menyedari apa yang dia sedang lakukan dan bagai-bagai perkara buruk boleh berlaku seperti meloncat daripada bumbung.


Pengguguran Bayi

Video yang ditayangkan di atas menunjukkan kesan yang mengerikan pada bayi yang telah gigugurkan. Sesiapa yang menontonnya pasti akan mendapat keinsafan pada diri mereka.
Picture
Aborsi adalah sebuah proses fizikal menamatkan kehamilan dan mengeluarkan janin sebelum telah sepenuhnya dikembangkan di dalam rahim. Bergantung pada masa kehamilan janin dan kesihatan ibu, proses tersebut dapat diselesaikan dengan menggunakan ubat atau cara operasi. Pemilihan doktor juga bergantung pada jenis khusus pemberhentian hubungan seorang wanita akan mengalami dalam usaha untuk menamatkan kehamilannya. Seperti halnya jenis prosedur perubatan, ada sejumlah risiko yang berkaitan dengan prosedur yang semua pesakit yang berpotensi harus dibuat jelas menyedari. Jika anda mendapati diri anda dalam kehamilan yang tidak diingini dan percaya satu-satunya pilihan anda adalah untuk mencari aborsi, anda harus tahu persis apa proses tersebut merangkumi, termasuk risiko yang berkaitan dan tahap kejayaan.

Ramai remaja perempuan masa kini telah melakukan seks bebas. Ini kerana mereka mahu memenuhi nafsu mereka tetapi mereka harus tahu melawan kedesakan itu. Setelah mereka mendapati mereka mengandung , mereka akan berasa menyesal dan takut kerana mereka tidak mahu ibu bapa mereka mengetahui tentang perkara itu. Pihak lelaki pula tidak mahu bertanggungjawab atas bayi itu dan melarikan diri. Perempuan itu haruslah menanggung segalanya sendiri dan pilihan yang mudah pada mereka ialah untuk menggugurkan bayi tersebut. Ini kerana mereka alpa akan risiko yang akan dihadapinya. Di dalam ajaran Islam , membunuh itu dalah salah satu perkara yang mengakibatkan dosa besar. Allah S.W.T amat mengeji perbuatan ini tetapi pada masa yang sama , Allah Maha Pengampun. 
Video yang ditayangkan di atas adalah sebuah ceramah dari Ustaz Azhar akan hukum menggugur berusia 10 tahun. Video ini akan membuat kita sedar akan hukuman yang akan menimpa kita jika kita menggugurkan bayi.

Mengamalkan Ajaran Sesat.

Apa Itu Ajaran Sesat ?
Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Sebab-Sebab Kemunculan Agama Sesat ?
• Terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan kedudukan, harta, dan sebagainya.
• Terdapat golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan akidah orang Islam.

Ciri-Ciri Ajaran Sesat
Mencemarkan kesucian Al-Ouran dan hadis seperti memansukh, mengubah, mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan hadis. Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi.
• Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.
• Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Oadiani.
• Menolak perkara yang qat'ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.
• Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.
• Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufarridiah.
• Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi, wali, dan malaikat.
• Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah S.W.T. seperti menyeru nama orang-orang yang telah meninggal dunia di dalam doa atau jampiansebagaimana yang dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam.
Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis.

Kesan - Kesan Ajaran Sesat ?
. Kesan terhadap individu:
(a) akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat boleh merosakkan akidah.Mereka 1wajib bertaubat dan kembali kepadaajaran Islam;
(b) masa terbuang. Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat;
(c) minda seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan fanatik;
(d) kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.

2. Kesan terhadap masyarakat:
(a) keruntuhan institusi kekeluargaan. Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka;
(b) perpaduan tergugat. Sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpin mereka menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling.Ini menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat;
(c) berlaku keganasan. Kepatuhan membutatuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan.

3. Kesan terhadap negara:
(a) negara akan mundur. Penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu;
(b) negara tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.

Ramai remaja masa kini mengamalkan ajaran sesat kerana terpengaruh atau kerana rasa curiga mereka. Walaupun begitu , mereka tidak sepatutnya melakukan ajaran sesat kerana ia melanggar ajaran Islam. Mereka juga mungkin terpengaruh dengan rakan-rakan mereka yang juga mengamalkan ajaran sesat.

Mencuri

Picture
Banyak remaja mencuri kerana mereka percaya bahawa mereka tidak dicintai dan tidak termasuk. Remaja dalam situasi ini sering cenderung berfikir bahawa tidak apa-apa untuk menyakiti orang lain kerana "tidak ada yang peduli tentang mereka". Ini adalah cara pampasan untuk dataran yang mereka rasakan. Fenomena ini dikenali sebagai "kitaran balas dendam".

Sebuah lagi faktor  mengapa remaja mencuri hanya kerana ini  satu-satunya cara yang mereka boleh mendapatkan apa yang mereka inginkan. Ibu-bapa tidak mahu anak mereka dimanjakan sangat dan ingatkan dengan cara tidak membelikan apa-apa untuk anak mereka itu akan memberi kesan.

Apabila seseorang anak mencuri , ia bak kata perpatah , menconteng arang di muka yang bermaksud membuat perkara yang memalukan. Ibu bapa juga yang akan berasa malu kerana mereka dianggap tidak mendidik anak mereka dengan baik.

Sebagai seorang remaja pula , saya rasa mencuri itu tidak memberi sebarang faedah pada kita. Ia hanya mengakibatkan kita dalam masalah yang lebih besar lagi. Saya juga tidak boleh menyalahkan remaja-remaja yang telah mencuri kerana ibu bapa mereka telah melalaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.

Dalam Keseluruhan

Dalam keseluruhan , saya rasa ramai remaja-remaja masa kini sedang mengamalkan amaln-amalan yang buruk kerana terpengaruh oleh rakan-rakan mereka. Sebagai seorang remaja , saya tidak akan membuat kawan dengan seseorang yang menyuruh saya membuat perkara yang tidak berfaedah lagi menyusahkan orang. Memilih rakan yang baik menjejaskan masa depan kita. Sehingga Jumpa Lagi !