Apa Itu Penderaan?

Penderaan bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun.
Picture
                               Di atas adalah statistik kanak-kanak yang didera dengan jenis-jenis penderaan yang berlainan.

SIapakah Yang Mendera Kanak-Kanak?

◘ Orang-orang yang rapat dengan mangsa. (contoh: ibu bapa , pakcik makcik , nenek atuk , nenek moyang , atuk moyang)
◘ Seseorang yang kelihatan sopan dan boleh dipercayai. ( manusia bertopeng setan)
◘ Kadangkala , orang yang tidak dikenali.

Mengapakah Punca  Penderaan.

◘ Ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. 
Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Ibu/bapa yang tidak boleh mengasingkan kerja dan keluarga akan berkemungkinan besar mendera anak-anak mereka kerana tidak berpuas hati dengan kerja mereka.

◘ Masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu.
Masalah kewangan adalah punca banyak penderaan. Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka.

◘ Krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar.
Apabila ibu/bapa bergaduh , anak-anak mereka yang akan terjejas dan menjadi mangsa. Ini kerana , suami tidak boleh memukul isteri. Jadi , sebagai ganti , suami akan memukul dan meluahkan perasaan terhadap anak-anak mereka yang diketahui sebagai penderaan.

◘ Kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa.
 Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Jika ibu/bapa mempunyai agama yang kuat , mereka akan tahu bahawa mendera di dalam segi agama itu salah dan mereka akan mencegah daripadanya. Agama juga akan membuat ibu/bapa mengenal pasti akan nilai-nilai yang mereka perlukan. Contohnya , keganasan itu tidak memanfaatkan siapa-siapa tetapi akibatnya , keadaan akan lebih teruk lagi. Ianya dosa besar untuk mendera kanak-kanak. Ini akan membuat ibu/bapa tahu akan akibat mendera dan akan mencegah daripada mendera.

◘ Dahulu , pendera pernah didera oleh ibu/bapa mereka.
Apabila seseorang itu telah didera pada masa kecilnya , kenungkinan besar , apabila sudah dewasa , mereka akan melakukan yang sama pada anak-anak mereka. Ini kerana mereka sudah biasa dengan diperlakukan sebegitu sehingga ianya dilakukan kepada anak mereka sendiri.

◘ Penderaan untuk menutut ilmu.
Ada kalanya , ibu/bapa sanggup mendera anak mereka untuk menuntut ilmu setan yang menyuruh mereka melakukakn benda-benda karut seperti mengorek mata anak mereka sendiri ,menyebat anak mereka sehingga pengsan dan sebagainya. Setan sangat kejam dan suah tentu mereka akan menyuruh melakukan perbuatan kejam.

◘ Teknologi dan sains boleh menjadi punca penderaan.
Teknologi masa kini makin canggih tetapi terdapat orang-orang yang mendera menggunakan teknologi. Apabila seseorang telah terdedah kepada keganasan daripada komputer , telefon bimbit dll , dia akan menjadi ganas kepada orang lain. Dan ini puncanya penderaan.

◘ Penderaan boleh berlaku jika seseorang itu kekurangan nilai.
Nilai-nilai seperti mempunyai perasaan perikemanusiaan , baik hati , lemah-lembut , saling menghormati antara satu-sama lain , saling memahami antara satu sama lain , sopan santun , penyabar dll. Nilai-nilai sebegini harus ada pada seseorang untuk mencegah daripada mendera seseorang. Jika seseorang itu mempunyai perasaan berperikemanusiaan. dia tidak akan sanggup mendera atau melihat mangsa didera. Sama seperti nilai-nilai yang lain.

Mana penderaan kanak-kanak selalunya berlaku?

◘ Penderaan selalunya dilakukan di tempat-tempat yang swasta dan tersembunyi.
◘ Kebanyakan dilakukan di dalam rumah , di mana tiada siapa-siapa yang boleh melihat.
◘ Ada kalanya , penderaan dilakukan di tempat awam yang terasing daripada ramai orang.

Bagaimankah Penderaan Kanak-Kanak Berlaku ?

Scenario 1.
Selalunya , kanak-kanak dipaksa bersetubuh dengan orang yang lebih dewasa. Apabila telah membuat demikian , pendera itu akan melakukan apa sahaja kepada badan anak itu secara sesuka hatinya. Sebagai contoh , seorang pendera membuka baju anak itu dan selepas merogolnya , dia mengambil rotan dan menyebat mangsa sehingga mangsa pengsan. Setelah pengsan , dia akan merogolnya lagi dan mendernya dengan apa-apa yang pendera boleh memikirkan. Di sini , 2 jenis penderaan telah berlaku. Penderaan seksual dan fizikal.
Scenario 2.
Jika keluarga itu mempunyai masalah kewangan , dan apabila mangsa meminta ibu bapanya untuk duit , ibu bapanya akan menghina dan mengutuk anak itu. Mereka boleh mengatakan bahawa dia seorang yang pemalas , hanya tahu makan , minum dan tidur. Akibat masalah kewangan , ibu bapa tersebut memukul , menendang dan memijak mangsa. Ini adalah penderaan mental dan juga fizikal.
Scenario 3.
Mangsa yang ibu bapanya sudah berpisah. Ibu/Bapa nya akan merasakan bahawa anak itu ada kaitan dengan bekas suami/isterinya. Kerana sangat membenci akan bekas suami/isterinya , ibu/bapa mangsa meluahkan perasaan terhadapnya dengan menderanya. Selalu berkata bahawa dia anak haram , anak tak berguna dll. Ini akan menjejaskan emosi dan pikiran mental mangsa. Ibu/bapa tersebut juga ada kemungkinan besar mendera anak itu secara fizikal. Mereka akan memukul , memijak , tidak memberi makan dan sebagainya.
Keseluruhan:
 Penderaan boleh dilakukan dengan apa-apa cara bergantung kepada individu. Jika waktu mendera , pendera itu melihat sebuah kerusi , dia akan mengambil kerusi tersebut dan membelasah mangsa dengan kerusi itu. Jika dia ternampak pisau di situ , dia akan mengambil pisau dan mengancam atau mencederakan mangsa dengan pisau itu.

Jenis-Jenis Penderaan.

Penderaan Fizikal Kanak-Kanak.

Picture

Penderaan kanak-kanak secara fizikal
merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi.


Ia boleh melibatkan menumbuk, memukul, menendang, shoving, menampar, terbakar, lebam, menarik telinga atau rambut, menikam, tercekik atau berjabat kanak-kanak. Berjabat kanak-kanak boleh menyebabkan sindrom bayi digoncang, yang boleh membawa kepada tekanan intrakranial, bengkak otak, kecederaan axonal meresap, dan kekurangan oksigen; yang membawa kepada corak seperti kegagalan untuk berkembang, muntah, lesu, sawan, fontanels membonjol atau tegang, bernafas diubah, dan murid-murid diluaskan. Penghantaran racun kepada kanak-kanak melalui induknya (seperti yang menghidapi FAS) juga boleh dianggap sebagai penderaan fizikal dalam beberapa bidang kuasa.

Kesan-Kesan Kanak-Kanak yang didera secara fizikal
◘ Muka dan anggota badan lain yang berlebam-lebam.
◘ Mempunyai luka-luka yang nampak secara sengaja.
◘ anggota badan yang terbakar.
◘ Anti-sosial.
◘ Tidak suka berada di sekeliling orang ramai.
◘ Tidak bercakap banyak.


Penderaan Mental Kanak-Kanak.

Picture
Penderaan kanak-kanak secara mental kurang mendapat perhatian walaupun penderaan jenis ini didapati kerap berlaku di kalangan kanak-kanak sama ada secara berasingan atau bersama-sama dengan jenis penderaan lain. Penderaan emosi kerap terjadi dengan tidak ketara tetapi kesannya terhadap perkembangan fizikal dan mental di kalangan kanak-kanak sangat jelas sehingga memerlukan rawatan perubatan. Penderaan emosi tidak dikenal pasti dengan baik kerana tiada definisi menyeluruh yang boleh diterima pakai di peringkat antarabangsa.

Terdapat lima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa yang dikelaskan sebagai penderaan secara mental :
◘ Penolakan
◘ Pengasingan
◘ Menakutkan
◘ Sikap tidak peduli.
◘ Sikap merasuahkan fikiran

Penderaan Seksual Kanak-Kanak.

Picture

Penderaan secara seksual adalah apabila seseorang kanak-kanak di bawah umur 18 digunakan untuk mencapai kepuasan seks atau untuk memenuhi nafsu.
Ia melibatkan kesemua aktiviti seks seperti:
• Pendedahan kepada kelakuan yang tidak senonoh dan tidak sopan
• Pornografi
• Sentuhan payudara, kemaluan dan melancap
• Semua jenis hubungan seks termasuk seks oral, seks faraj dan seks dubur


Ciri-Ciri Seseorang Yang Telah Didera Secara Seksual  ?
◘ Kerap memonteng sekolah.
◘ Tingkah lakunya agresif atau cemas ( contoh: melarikan diri)
◘ Tidur yang terganggu ( contoh: mengigau)
◘ Takut pada kegelapan.
◘ Memakai pakaian yang berlapis-lapis.
◘ Takut pada orang atau tempat yang tertentu.
◘ Cenderung untuk membunuh diri.
◘ Rendah harga diri.
◘ Berasa tertekan.
◘ Gangguan pemakanan.
◘ Tingkahlaku yang menjurus kepada seks atau takut pada seks.

 !Hentikan Penderaan Kanak-Kanak !

Picture

Kanak-kanak adalah anugerah Tuhan kepada ibu bapa mereka. Jika dilakukan salah pun , ibu bapa harus memahaminya dan maafkan anak mereka daripada mendera mereka. Mereka perlu kasih sayang dan tempat untuk mengadu.
Kanak-Kanak tidak bersalah dan tidak mengetahui apa-apa. Mereka tidak berdosa. Mereka juga mahu hidup seperti orang - orang lain yang mempunyai ibu bapa yang menyayangi mereka. Mendera mereka akan menjejas masa depan mereka.
Ramai kanak-kanak membunuh diri sebab mereka didera dan jika lebih ramai kanak-kanak membunuh diri , manusia akan pupus. :)



Bagaimana Penderaan Kanak-Kanak Boleh Dicegah?
Ibu/Bapa boleh menandingi dalam kempen-kempen yang mengajar mereka kesan-kesan mendera anak.
Kanak-kanak boleh memberi pandangan kepada ibu.bapa mereka.
Kanak-kanak boleh melaporkan masalah penderaan kepada pihak polis.
Kanak-kanak boleh memberitahu orang-orang yang lebih dewasa tentang masalah ini.

                                        HENTIKANLAH PENDERAAN KANAK-KANAK SEKARANG !